topeng

Jasad

Assalamualaikum..hai kawan-kawan

Hari ni saya nk review sikit mengenai novel yang baru saja habis dibaca, JASAD hasil garapan saudara Eqbal Mohaydeen. Semenjak dua menjak ni susah betul nak habiskan satu buku..Pantang baca kompon tido..Entry baru makin lambat..Sabau je laaa

Ok...untuk novel ni saya bagi 3.5 bintang...Best sebab ada cerita dalam cerita. Jadi tak de la bosan sangat..Mengisahkan 3 orang sahabat Tenku dan Reykal yang menemani kawan mereka Hanif untuk membuat pemeriksaan di hospital. Dalam perjalanan mereka mengalami kecelakaan. Pada mulanya saya rasa kecewa sebab saya dah dapat agak apa sebenarnya yang berlaku tetapi saya tertipu..di pengakhiran cerita saya dikejutkan dengan kesudahan yang tidak disangka-sangka..
Novel ini juga berjaya membuat saya muhasabah diri sendiri. Kematian memang dekat sangat dengan kita. Kisah dalam novel ini merupakan kisah perjalanan roh semasa jasad sedang koma. Dalam pada itu penulis menyelitkan kisah seram yang dikongsi oleh Tenku dan Reykal sementara menunggu Hanif selesai mendapatkan rawatan.








Sinopsis kulit buku:
Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?

Pembantu dari Neraka

Assalamualaikum..hai hai hai..ketemu lagi.

Kali ni saya nak kongsi hasil bacaan saya untuk novel terbaru 'Pembantu Dari Neraka' hasil nukilan saudari Norfadzillah.
Mengisahkan tentang seorang doktor bernama Suraya yang mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk alam lain dan Doktor Tengku Amir yang terlalu sombong. Suraya seorang graduan kedoktoran dari salah satu univeristi di Turki bersama dengan kawannya Hidayahtul. Suraya yang berasal dari Kampung Long Nira bercadang untuk membuka mini Darussyifa' di kampungnya kerana percaya ayat Al-Quran mampu merawat semua jenis penyakit kecuali mati.

Sementara di Kampung Long Nira, penduduk tidak lagi hidup dalam keharmonian semenjak pulangnya Tok Pawang Itam dari Kalimantan. Di sana Tok Pawang Hitam mewarisi guci puaka dari gurunya. Tok Pawang Itam dibantu oleh Jubli, anak buangan yang dibelanya dari kecil. Tok Pawang Itam adalah seorang bomoh di Kampung Long Nira.

Suraya dan Tengku Amir selalu bertengkar dan berbalah mengenai peruabatan Islam dan moden. Suraya percaya bahawa ayat suci AlQuran mampu memberi kesembuhan manakala Tengku Amir lebih taksub dengan kehebatan sains dan ilmu kedoktorannya. Konflik bermula apabila Suraya menyatakan hasrtanya untuk membuka mini Darussyifa' di kampungnya dan ditentang hebat oleh Tok Pawang Itam. Manakan tidak Suraya seolah olah menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Selama ini Tok Pawang Itam menghantar 'sakit' dan dialah juga yang menyembuhkannya dengan mengenakan bayaran yang sangat tinggi kepada pelangganya. Tambahan pula Tok Pawang Itam merupakan pakcik kandung Suraya, adik kepada ayahnya. Di situ bermulalah perbalahan antara Suraya, Tengku Amir dan juga Tok Pawang Itam. Kita juga dapat menyaksikan pertembungan kesaudaraan antara mereka.

Bagi saya jalan cerita novel ini sangat menarik cuma bagi saya kurang elemen seram. Saya mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk menghabiskan pembacaan. Banyak dialog yang meleret -leret yang membuatkan saya 'skip' terutama sekali bila berlaku perbalahan antara Suraya dengan Tengku Amir. Unsur suspen ade tapi tidak terlalu mengujakan.
#ayoyojangankecamsaya





Sinopsis
Bila Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Ini soal 'benda' dalam guci itu. Ini tentang keharmonian Kampung Long Nira dan sekitarnya yang tidak lagi aman damai. Ini kisah pertemuan, misi Suraya dan Doktor Tengku Amir yang bukan satu kebetulan. Pertentangan pendapat apabila berdebat soal dunia perubatan moden dan kelebihan ayat-ayat suci al-Quran. Sehinggalah kedua-duanya terlibat dalam satu pertembungan berhadapan dengan sesuatu yang syirik dan angker di Kampung Long Nira, Sabah. Inilah pertarungan hitam putih tiada sempadannya. Keturunan Adam dan Hawa tidak akan tunduk pada sumpah dendam iblis selagi nyawa dikandung badan. Lalu, neraka apakah yang dipersembahkan oleh Tok Pawang Itam?

“Ingat! Setiap enam bulan purnama, bagi dia makan. Dia akan jadi pembantu terbaikmu. Perjanjian kita, bagi dia darah. Janin muda atau bayi baru lahir lagi menjadi kesukaannya.” - Nyai Dewor Lampor

“Kita bukan sendiri di dunia ni, doktor. Ada alam lain yang doktor kena tahu kewujudannya.” - Suraya

“Pak cik, tolong jangan lagi sebarkan cerita-cerita macam ni kepada petugas hospital ni. Lagipun ada pak cik nampak dengan mata kepala sendiri ke yang hantu itu wujud?”
- Doktor Tengku Amir


Kala Senja Dia Datang

Assalamualaikum..yuhuuuuuuu

Novel ni baru je saya beli dari Jualan Gudang Karangkraf yang sedang berlangsung sehingga 27 Nov 2016.. Kebetulan terjumpa dengan novelis A.Darwisy..Teruja u olls!!! yang tak bestnya saya dah ada JBDM 1&2 ..so xdptla signature A.Darwisy untuk buku tu...  :(




Ada 3 cerita dalam novel KSDD ni. Ketiga tiga cerita ini dari 3 novelis yang berbeza tapi yang menariknya ceritanya saling berhubung kait antara satu sama lain.

Kala Senja Dia Datang......(A.Darwisy)
**Semasa bersemuka dengan A.Darwisy tempoh hari, beliau ada mengatakan bahawa watak Akil dalam cerita ini adalah Akil yang sama dalam JBDM...

Masih mengekalkan genre dan plot yang sama. Penulis A.Darwisy tidak terlepas dari ceritanya yang ade hubung kait dengan seram klasik kontemporari..dan seperti biasa hasilnya sangat memuaskan hati.
Sebagai permulaan cerita, penulis memperkenalkan watak Ratna iaitu perempuan sihir yang dikejar oleh orang kampung. Dia akan bertukar menjadi makhluk yang dinamakan 'Geunteut' ataupun di Malaysia kenali sebagai hantu kopek. Masa dia tengah nazak makhluk belaannya meminta pengganti dan anaknya dan keturunannya yang seterusnya menjadi mangsa.

Geunteut adalah makhluk yang digambarkan setinggi 8 kaki, berbulu, wajahnya seperti anjing dengan mata terjojol keluar. akan keluar kala senja datang dan mengambil kanak kanak sebagai korbannya. Makhluk ini akan membunuh sesiapa saja yang menghalangnya dengan merobek isi perut mangsa. Kelemahannya adalah buluh runcing. Cara menghapuskannya adalah dengan menikam buluh runcing tepat ke jantungnya.

 Kampung Surau Tinggi merupakan satu satunya kampung yang masih selamat dari serangan geunteut. Setiap rumah dibina di atas pohon jati berakar banir dengan ketinggian melebihi 30 meter dan dihubungkan dengan jambatan gantung.

Watak zaman sekarang - Azman, Akil , Ustaz Jamil
Watak Zaman dahulu - Tok Wali Sagor, Teguh, Mustafa, Bunga

Kalau nak diulas memang sangat seronok dan mungkin post ini akan menjadi terlebih panjang. So nak tau perkaitan antara watak zaman sekarang dan zaman dahulu sila la baca ye..Kompem tak keluar dah waktu senja!

Part yang agak seram dan merinding bulu roma adalah dimana Fatin menyanyi lagu 'Nenek si bongkok tiga' semasa berseorangan di dalam bilik. Awas! anda sedang diperhatikan oleh Nek Bunga!

Bila baca kisah KSDD ni, saya sangat teringat pesanan ayah saya supaya jangan keluar pada waktu senja.Pada masa ini syaitan sedang berkeliaran di merata rata. Asal hampir senja ayah akan memanggil kami adik beradik pulang. yang saya peliknya pada zaman sekarang makin senja makin ramai yang keluar. bawak bayi lagi! Seolah olah tidak percaya larangan orang tua. Sebab tu kalau bayi menangis waktu senja ayah saya sangat risau mungkin bayi tersebut nampak 'sesuatu'. hehehehhehe


Marina (Saidee Nor Azam)
Salah satu watak dalam KSDD yang merupakan salah seorang pelajar Azman. Kisah ini adalah mengenai seorang gadis bernama Marina telah mengambil sesuatu yang bukan kepunyaannya sehingga terbuka hijabnya untuk melihat makhluk alam ghaib. Marina sering dibuli oleh seorang pelajar senior yang bernama June. June merupakan seorang yang berada dan angkuh serta ego. Semua kejadian bermula apabila Marina memakai gelang kaki yang dijumpainya. Dia mula mengalami mimpi ngeri dan sering diganggu oleh makhluk halus. Ashikin, teman sebiliknya mula menjauhi Marina setelah dengan tiba-tiba muncul seorang gadis bernama Jamaliah yang sentiasa menemani Marina. Marina telah membuat perjanjian dengan Jamaliah untuk tidak meninggalkan gadis itu.
Semakin hari perangai Marina pelik. Sesiapa sahaja yang menyakiti hatinya akan menerima balasan. Ashikin yang bimbang dengan keadaan temannya membuat keputusan untuk pulang ke kampung bertemu dengan atuknya. Kebetulan atuknya arif mengenai makhluk alam ghaib ini.
Marina dan Ashikin selalu menaiki teksi Majid ke mana sahaja mereka pergi. Majid juga merupakan salah satu watak dalam KSDD dan menjadi watak utama dalam cerita seterusnya. Marina turut memperkenalkan Jamaliah kepada Majid malangnya Majid tidak mampu melihat Jamaliah. Marina dianggap pelik dan gila oleh orang sekelilingnya. Manakan tidak dia bercakap dengan Jamaliah yang hanya dia seorang yang boleh nampak! Sudah banyak kali dia dinasihati oleh Ashikin supaya memulangkan semula gelang kaki yang dipakainya namun ternyata sia -sia. Marina tidak mengendahkannya.
Pengakhirannya Marina di hantar ke hospital sakit jiwa memandangkan keadaannya semakin teruk. Gelang kaki itu sebenarnya dimiliki oleh Jamaliah, Seorang gadis yang telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan fakulti kerana dia kesepian dan selalu di perkotak katikkan. Mayatnya tersangkut di dahan pokok dengan kepala ke bawah dan kakinya ke atas. Sangat tragik dan mengerikan. Kesimpulannya 'Jangan ambil kepunyaan orang sesuka hati'. Saya pernah dengar orang berpesan jangan ambil barang atau sesuatu terutama sekali di laut. Kadang- kadang kita tidak tahu apakah ia!


Penumpang Malam.,(Zaifuzaman Ahmad)
Majid seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Watak ini diselitkan dalam kedua-dua cerita sebelum ini. Beliau adalah soerang pemandu teksi separuh masa memandangkan gajinya sebagai pekerja kilang tidak cukup untuk menampung isteri dan anaknya. Majid menyewa teksi pakcik kawannya Munir iaitu pakcik Joned. Tanpa disangka niat Majid untuk menambah pendapatan membongkar satu rahsia besar mengenai Pakcik Joned. Majid pernah bertanya kepada Munir kenapa pakciknya itu tidak lagi membawa teksi. Munir mengatakan bahawa pakciknya sakit tetapi tidak sakit. Majid menjadi hairan. Sepanjang Majid membawa teksi dia selalu diganggu tambahan pula dia membawa teksi di sebelah malam selepas habis kerja di kilang. Majid banyak mendengar cerita dari kawan pemandu yang lain berkenaan dengan hal gangguan ini. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mnceritakan pengalaman diganggu sepanjang membawa teksi.
Majid akhirnya berkenalan dengan gadis kelab malam yang selalu menumpang teksinya seterusnya membawa kepada perkaitan dengan sakit Pakcik Joned. Tanpa disangka pakcik Joneb menceritakan segalanya. Dia dengan tidak sengaja membunuh seorang gadis bernama Sarah dan menanamnya di sebuah hutan dan ditanam dengan pokok asam.
Cerita terperinci pasal Sarah kenalah baca sendiri ye! Lenguh sudah jemari ini menaip mengenai 3 cerita ini.

Pada saya novel ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan satu tapi tiga cerita disajikan! Awesome!











Puja

Assalamualaikum....hakak datang lagi..kali ni nk kongsi novel Puja...

 Perghhhhh..! Cenggini kata ko!Setiap helaian novel ni tidak menjemukan. Langsung tidak. Penulis Novel Maria Kajiwa benar benar membuat saya terasa seperti berada di dalam novel cuma kalau pembaca tidak ada ruang imaginasi yang luas maka sukar lah nak di fahami.tambahan pula pembaca kena faham susur galur keturunan setiap watak yang ada dalam novel (sama macam JBDM). Adik saya langsung tak faham cerita dalam JBDM sebab dia tidak suka berimaginasi atau membayangkan jalan cerita. Saya plak nak kena cerita kat dia...

Ok...back to Puja.bukan Pooja..PUJA..memuja...xtau la nk ulas mcm mn tp mmg sgt best dan very recommended. Plot dan jalan cerita sangat tersusun. Sebagai pembaca saya tidak keliru dengan flash back yang berselang seli dengan cerita zaman sekarang.

Kisah bermula apabila 400 tahun sebelumnya, tujuh orang lelaki (Waki, Alang, Sia, Garang, Abi, Hitam dan Ubi) telah melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar dan memulakan kehidupan baru dan membina sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Silak. Biasalah orang zaman dulu sangat percaya kepada penunggu. Tempat mereka mendirikan rumah dan bercucuk tanam di jaga oleh penunggu. Semuanya bermula apabila kampung mereka dilanda ribut yang amat dahsyat. Waki, sebagai pemimpin kumpulan ini akhirnya telah memeterai janji dengan puaka tempat tersebut (dinamakan Batu Silak) di mana setiap pelantikan ketua kampung yang baru, mereka perlu mengorbankan tiga nyawa. Puaka tersebut di percayai telah memberi pulangan lumayan kepada si pemujanya. Namun tiada siapa tahu berkenaan hal ini. Pada satu hari terjadilah satu peristiwa di mana Garang serta 2 orang anaknya telah hilang. Gerakan mencari di pergiat dan si Alang telah terserempak dengan Waki sedang membaca mantera pemujaan di dalam gua dan di depannya ada terdapat 3 lembing di tusuk dengan kepala Garang dan anak-anaknya! Alang tidak sangka Waki sanggup mempetaruhkan nyawa Garang semata-mata untuk memenuhi tuntutan puaka itu. Semenjak kejadian itu Alang tersisih dari kumpulannya kerana tidak mahu terus bersubahat syirik kepada Allah. Oleh itu , keturunan Alang Budiman terus menerus berusaha menamatkan kerja syirik tersebut.

Jimmy (nama sebenar Azim) salah seorang gangster di bandar pulang ke kampung setelah mengetahui ayahnya telah meninggal dunia. Jimmy merupakan waris dari anak lelaki sulung keturunan Alang Budiman. Setelah mengetahui cerita sebenar dari Pak Salleh dan Johan (adik Jimmy) Jimmy tekad untuk membawa keluar ibu dan adik-adiknya tambahan pula keluarga mereka terpilih untuk dijadikan korban. Saban hari mereka diusik oleh puaka tersebut Namun niatnya ditentang oleh adiknya, Johan. Johan mahu meneruskan niat ayahnya untuk menghapuskan amalan syirik tersebut. Niat mereka ditentang oleh Khairul, waris pemuja Batu Silak dan peneraju Silak Tua Holdings. Khairul akan membuat apa sahaja untuk memastikan upacara itu berjalan lancar. Batu Silak di pagari dan dikawal ketat olehnya. Sebelum upacara itu berlangsung dia harus melakukan pertapaan di Batu Silak dengan berendam dalam najis kelawar. Selain itu dia hanya dibenarkan makan 7 butir nasi dan minum air dari Sungai Silak sahaja.

 nak tahu ape jadi seterusnya kenalah baca sendiri..!

Watak dalam novel ini;

  1. Jimmy- watak utama (nama sebenar Azim)
  2. Johan - digambarkan seorang adik yang sangat family type dan berani, adik kepada Jimmy
  3. Pak Salleh - Pak Ngah Jimmy, adik kepada ayahnya (Manap)
  4. Mak Jiha dan Bahiyah - ibu dan adik Jimmy
  5. Khairul - Waris keturunan Tok Siang Waki, mewarisi ilmu puja dari ayahnya. Bertanggungjawab meneruskan upacara pelantikan ketua kampung. juga peneraju Silak Tua Holdings.
  6. Zaid - orang kanan Khairul ; insaf setelah dia sendiri nampak pendamping Khairul
  7. Mamat & Ijam - ahli kumpulan silat bersama Pak Salleh
  8. Pak Majid & Pak Daud - orang yang bertanggungjawab memastikan majlis pelantikan berjalan lancar
  9. Manjoy - kawan jimmy tapi telah menikam belakang apabila dia cuba memrangkap Jimmy
  10. Tang - gangster yang telah membunuh ayah Jimmy
  11. Suharto - Ketua gangster yang banyak membantu Jimmy
dan banyak lagi watak. Di pengakhiran cerita,penulis merungkai segala persoalan yang bermain di minda pembaca dengan plot penamat yang amat baik sekali.

***entry kali ni panjang sikit sebab saya teruja dan rajin nak kongsi cerita ini!

So,,tahniah untuk Maria Kajiwa. Karyanya amat bagus!



Sinopsis kulit buku:

400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya. Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung
halamannya? Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?



Projek Seram Hotel

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi untuk novel Projek Seram Hotel. Dalam novel ni ade 4 cerita seram dari 4 novelis tp semuanya bersangkut paut dengan hotel.


Sinopsis Kulit Buku:

“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN
Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ketika menginap di situ. Dan yang paling mengejutkan mereka ialah kedudukan bilik mereka yang bernombor 301 itu. Dapatkah mereka terus menginap di situ selama 4 hari dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada bell-boy itu sehingga rohnya dikatakan menghantui para penginap di hotel itu?

“Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja.” / GENTAYANGAN - NAIM TAMDJIS
Ekmal tertarik untuk mengambil alih Hotel Gentayangan yang terletak berhampiran kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Tetapi adiknya menegah kerana hasil kajiannya mendapati hotel tersebut berhantu. Ekmal tidak percaya kerana hotel tersebut sangat strategik dan bakal memberi pulangan yang lumayan. Ekmal sendiri datang menyiasat dan mengalami sendiri pengalaman duduk di hotel. Malah Ekmal bertanya sendiri kejadian misteri yang dialami oleh pekerja. Pelbagai cerita seram diceritakan oleh para pekerja.
Kemudian berlaku kes pembunuhan yang melibatkan pekerjanya. Inspektor Arisya menyiasat kes pembunuhan yang berlaku. Dia percaya pembunuhan yang berlaku bukan disebabkan oleh makhluk mistik… tetapi dilakukan oleh manusia. Kemudian berlaku pembunuhan penuh misteri oleh entiti berpakaian badut yang terakam oleh CCTV. Inspektor Arisya ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan yang berlaku. Siapakah pembunuh badut dan kenapakah banyak kejadian misteri yang berlaku di hotel?

Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini. / HOTEL SAN DEVILY - EQBAL MOHAYDEEN
Beberapa orang pelancong hilang tanpa dapat dikesan di bumi Melaka. Kehilangan mereka menjadi kes yang cukup misteri dan tidak dapat diselesaikan. Ghaib dan lesap sama sekali. Sebuah hotel tidak beralamat yang terbina sejak tahun 1914 telah menjadi pilihan penginapan dua sahabat, Eric dan Faiz yang sedang bercuti di negeri bandar raya bersejarah itu. Langkah pertama menginjak hotel tersebut, sesuatu yang tidak enak mengusik di hati. Bulu roma dirasakan meremang seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan segala gerak geri mereka. Malam pertama di situ, satu per satu kejadian aneh dan menakutkan mula merasuk. Mereka mula bergelut mencari jalan keluar tetapi terhalang oleh sesuatu yang bersifat misteri. Tanpa sedar, mereka telah membangkitkan suatu makhluk yang sekian lama ‘tidur’ di situ! Adakah misteri kehilangan pelancong berkait dengan hotel yang mereka huni itu? Berjayakah mereka keluar dari hotel puaka itu dengan selamat?

Ada makhluk lain antara kita! / AZIAH ZAINAL - TAMU TAK DIUNDANG
Mengisahkan dua sahabat , Akid dan Dali yang ingin bercuti di Hotel Seri Malam. Pada suatu hari mereka telah menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka dan mengambilnya. Sejak hari itu pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi dan persahabatan sudah tiada ertinya kerana diantara mereka ada makhluk yang cuba menghasut dan memecah belahkan mereka. Percutian yang dirancang menjadi huru hara. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa ataupun ada tetamu lain yang akan menggantikan tempat mereka?




Ulasan saya:

Bell Boy
Bagi saya cerita pertama ni amat tragis...seramnya terasa bila penulis menggambarkan suara tangisan dan bunyian dari bilik sebelah dan juga  bisikan yang di dengar oleh watak utama.. Cerita bermula apabila Farish menghadapi writers block di mana dia kekeringan idea untuk melengkapkan manuscriptnya. Ariff mengajak Farish mencari Ilham disebuah hotel berpuaka. Di sana mereka ditempatkan di bilik bernombor 302. Tanpa mereka sedari ada sesuatu memerhatikan mereka. Mereke mendengar cerita orang bahawa seorang bell boy telah dibunuh kerana bermain cinta dengan isteri orang. Farish merasakan bahwa mangsa tidak bersalah setelah mendengar bisikan dan juga tangisan.

Airil seorang anak yang baik mendapat kerja sebagai bell boy di hotel tersebut. Dia memerhatikan seorang pelanggan tetap yangg mencari ketenangan di hotel berkenaan dan dia mula rapat dengan Suraya. Tanpa disedari oleh Airil suami Suraya, Kamal mengupah orang untuk mengekori dan melaporkan gerak geri Suraya dan Airil. Dalam masa yang sama Kamal membela pendamping untuk mengekori Suraya. Konco Kamal telah memberi amaran keras kepada Airil supaya menjauhi Suraya tetapi Airil mengendahkannya. Airil membawa Suraya berjumpa dengan ibunya dan ibunya menyukai Suraya. Dalam masa yang sama Ibu Airil dapt melihat pendamping Suraya yang sentiasa berada di luar rumah dan akan mengekori Airil. Pada satu hari Airil tidak datang ke tempat kerja. Rupanya dia telah diculik oleh konco Kamal dan diletakkan di bilik 301. Airil di pukul dan diseksa sehingga mati. Sejak kematian Airil hotel itu sentiasa dihantui dan berpuaka.

Hotel Gentayangan

Untuk cerita kedua ni penulis mengetengahkan sihir dan pada akhirannya penulis menyelitkan cerita pcyho-triller. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa watak utama iaitu Ekmal adalah seorang yang berani dan dia adalah hero but at the end penulis mewujudkan satu lagi watak misteri kepada Ekmal atau lebih dikenali dengan split personality. Ekamal seorang ahli perniagaan yang telah menang tender lelongan hotel. Dia mendapat tahu hotel tersebut berhnatu dari cerita adiknya. Disebabkan dia kurang percaya kepda tahyul dia mengarahkan semua pekerja hotel cerita mengenai pengalaman yang mereka lalui. Kebanyakannya bercerita terserempak dengan perempuan berambut panjang. Perempuan itu bernama Zalimah. Dia telah ditolak dari tingkat 13 oleh teman lelakinya setelah teman lelakinya mengetahui Zalimah telah hamil. Eknal  mengambil keputusan untuk menginap dan merasai sendiri pengalaman itu dengan ditemani oleh bekas pekerja hotel itu, Helmi. Spepanjang keberadaannya di hotel seorang pekerja telah terbunuh dan menemukan Ekmal dengan Inspektor Arisya. Disebabkan tragedi pembunuhan itu menemui jalan buntu Ekmal akhirnya membuat keputusan untuk memanggil seorang ustaz demi membersihkan hotel tersebut. Rupanya hotel tersebut telah di sihir oleh pemilik hotel yang lain kerana hasad dengki. Di penghujung cerita penulis mencipta satu sisi berbeza Ekmal...iaitu pembunuh badut. Pada waktu siang dia adalah Ekmal manakala malam dia bertukar watak menjadi pembunuh yang kejam dengan berpakaian seperti badut. Watak badut dan Inspektor Arisya di sambung dalam novel Barongan. 

Hotel San Devily

-No comment-


Tamu Tak Diundang

Pada saya cerita ni agak sedikit kelam kabut dan mengelirukan tetapi jalan cerita menarik. Sekiranya pembaca tidak mempunyai daya imaginasi yang tinggi sukar untuk difahami sebenarnya mana yang betul mana yang tidak. Banyak jugak saya skip. Ceritanya..Akid dan Dali pergi  bercuti di Hotel Seri Malam kerana mahu menangkap gambar yang cantik untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Sebelum sampai hotel lagi mereka sudah diganggu dan seterusnya apabila tiba di hotel kejadian demi kejadian berlaku. Semuanya bermula apabila mereka menginap di bilik 702 dan terjumpa dengan seutas kalung yang di buat daripada kulit kerang di pantai. Kemudian penulis mengaitkan kejadian yang sama turut berlaku pada 3 sekawan yang pergi bercuti di hotel dan bilik yang sama. Rupanya kalung itu adalah milik seorang mangsa pembunuhan yang bernama Cempaka yang mayatnya di tanam di hutan kecil di pantai dan pernah menginap di bilik 702. Sesiapa yang mengambil kalung tersebut akan mengalami kejadian aneh dan mistik.

Secara keseluruhannya novel ini tidak jemu untuk dilayan. Ana bagi 4 bintang!