topeng

Jasad

Assalamualaikum..hai kawan-kawan

Hari ni saya nk review sikit mengenai novel yang baru saja habis dibaca, JASAD hasil garapan saudara Eqbal Mohaydeen. Semenjak dua menjak ni susah betul nak habiskan satu buku..Pantang baca kompon tido..Entry baru makin lambat..Sabau je laaa

Ok...untuk novel ni saya bagi 3.5 bintang...Best sebab ada cerita dalam cerita. Jadi tak de la bosan sangat..Mengisahkan 3 orang sahabat Tenku dan Reykal yang menemani kawan mereka Hanif untuk membuat pemeriksaan di hospital. Dalam perjalanan mereka mengalami kecelakaan. Pada mulanya saya rasa kecewa sebab saya dah dapat agak apa sebenarnya yang berlaku tetapi saya tertipu..di pengakhiran cerita saya dikejutkan dengan kesudahan yang tidak disangka-sangka..
Novel ini juga berjaya membuat saya muhasabah diri sendiri. Kematian memang dekat sangat dengan kita. Kisah dalam novel ini merupakan kisah perjalanan roh semasa jasad sedang koma. Dalam pada itu penulis menyelitkan kisah seram yang dikongsi oleh Tenku dan Reykal sementara menunggu Hanif selesai mendapatkan rawatan.








Sinopsis kulit buku:
Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?

Pembantu dari Neraka

Assalamualaikum..hai hai hai..ketemu lagi.

Kali ni saya nak kongsi hasil bacaan saya untuk novel terbaru 'Pembantu Dari Neraka' hasil nukilan saudari Norfadzillah.
Mengisahkan tentang seorang doktor bernama Suraya yang mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk alam lain dan Doktor Tengku Amir yang terlalu sombong. Suraya seorang graduan kedoktoran dari salah satu univeristi di Turki bersama dengan kawannya Hidayahtul. Suraya yang berasal dari Kampung Long Nira bercadang untuk membuka mini Darussyifa' di kampungnya kerana percaya ayat Al-Quran mampu merawat semua jenis penyakit kecuali mati.

Sementara di Kampung Long Nira, penduduk tidak lagi hidup dalam keharmonian semenjak pulangnya Tok Pawang Itam dari Kalimantan. Di sana Tok Pawang Hitam mewarisi guci puaka dari gurunya. Tok Pawang Itam dibantu oleh Jubli, anak buangan yang dibelanya dari kecil. Tok Pawang Itam adalah seorang bomoh di Kampung Long Nira.

Suraya dan Tengku Amir selalu bertengkar dan berbalah mengenai peruabatan Islam dan moden. Suraya percaya bahawa ayat suci AlQuran mampu memberi kesembuhan manakala Tengku Amir lebih taksub dengan kehebatan sains dan ilmu kedoktorannya. Konflik bermula apabila Suraya menyatakan hasrtanya untuk membuka mini Darussyifa' di kampungnya dan ditentang hebat oleh Tok Pawang Itam. Manakan tidak Suraya seolah olah menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Selama ini Tok Pawang Itam menghantar 'sakit' dan dialah juga yang menyembuhkannya dengan mengenakan bayaran yang sangat tinggi kepada pelangganya. Tambahan pula Tok Pawang Itam merupakan pakcik kandung Suraya, adik kepada ayahnya. Di situ bermulalah perbalahan antara Suraya, Tengku Amir dan juga Tok Pawang Itam. Kita juga dapat menyaksikan pertembungan kesaudaraan antara mereka.

Bagi saya jalan cerita novel ini sangat menarik cuma bagi saya kurang elemen seram. Saya mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk menghabiskan pembacaan. Banyak dialog yang meleret -leret yang membuatkan saya 'skip' terutama sekali bila berlaku perbalahan antara Suraya dengan Tengku Amir. Unsur suspen ade tapi tidak terlalu mengujakan.
#ayoyojangankecamsaya





Sinopsis
Bila Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Ini soal 'benda' dalam guci itu. Ini tentang keharmonian Kampung Long Nira dan sekitarnya yang tidak lagi aman damai. Ini kisah pertemuan, misi Suraya dan Doktor Tengku Amir yang bukan satu kebetulan. Pertentangan pendapat apabila berdebat soal dunia perubatan moden dan kelebihan ayat-ayat suci al-Quran. Sehinggalah kedua-duanya terlibat dalam satu pertembungan berhadapan dengan sesuatu yang syirik dan angker di Kampung Long Nira, Sabah. Inilah pertarungan hitam putih tiada sempadannya. Keturunan Adam dan Hawa tidak akan tunduk pada sumpah dendam iblis selagi nyawa dikandung badan. Lalu, neraka apakah yang dipersembahkan oleh Tok Pawang Itam?

“Ingat! Setiap enam bulan purnama, bagi dia makan. Dia akan jadi pembantu terbaikmu. Perjanjian kita, bagi dia darah. Janin muda atau bayi baru lahir lagi menjadi kesukaannya.” - Nyai Dewor Lampor

“Kita bukan sendiri di dunia ni, doktor. Ada alam lain yang doktor kena tahu kewujudannya.” - Suraya

“Pak cik, tolong jangan lagi sebarkan cerita-cerita macam ni kepada petugas hospital ni. Lagipun ada pak cik nampak dengan mata kepala sendiri ke yang hantu itu wujud?”
- Doktor Tengku Amir


Kala Senja Dia Datang

Assalamualaikum..yuhuuuuuuu

Novel ni baru je saya beli dari Jualan Gudang Karangkraf yang sedang berlangsung sehingga 27 Nov 2016.. Kebetulan terjumpa dengan novelis A.Darwisy..Teruja u olls!!! yang tak bestnya saya dah ada JBDM 1&2 ..so xdptla signature A.Darwisy untuk buku tu...  :(




Ada 3 cerita dalam novel KSDD ni. Ketiga tiga cerita ini dari 3 novelis yang berbeza tapi yang menariknya ceritanya saling berhubung kait antara satu sama lain.

Kala Senja Dia Datang......(A.Darwisy)
**Semasa bersemuka dengan A.Darwisy tempoh hari, beliau ada mengatakan bahawa watak Akil dalam cerita ini adalah Akil yang sama dalam JBDM...

Masih mengekalkan genre dan plot yang sama. Penulis A.Darwisy tidak terlepas dari ceritanya yang ade hubung kait dengan seram klasik kontemporari..dan seperti biasa hasilnya sangat memuaskan hati.
Sebagai permulaan cerita, penulis memperkenalkan watak Ratna iaitu perempuan sihir yang dikejar oleh orang kampung. Dia akan bertukar menjadi makhluk yang dinamakan 'Geunteut' ataupun di Malaysia kenali sebagai hantu kopek. Masa dia tengah nazak makhluk belaannya meminta pengganti dan anaknya dan keturunannya yang seterusnya menjadi mangsa.

Geunteut adalah makhluk yang digambarkan setinggi 8 kaki, berbulu, wajahnya seperti anjing dengan mata terjojol keluar. akan keluar kala senja datang dan mengambil kanak kanak sebagai korbannya. Makhluk ini akan membunuh sesiapa saja yang menghalangnya dengan merobek isi perut mangsa. Kelemahannya adalah buluh runcing. Cara menghapuskannya adalah dengan menikam buluh runcing tepat ke jantungnya.

 Kampung Surau Tinggi merupakan satu satunya kampung yang masih selamat dari serangan geunteut. Setiap rumah dibina di atas pohon jati berakar banir dengan ketinggian melebihi 30 meter dan dihubungkan dengan jambatan gantung.

Watak zaman sekarang - Azman, Akil , Ustaz Jamil
Watak Zaman dahulu - Tok Wali Sagor, Teguh, Mustafa, Bunga

Kalau nak diulas memang sangat seronok dan mungkin post ini akan menjadi terlebih panjang. So nak tau perkaitan antara watak zaman sekarang dan zaman dahulu sila la baca ye..Kompem tak keluar dah waktu senja!

Part yang agak seram dan merinding bulu roma adalah dimana Fatin menyanyi lagu 'Nenek si bongkok tiga' semasa berseorangan di dalam bilik. Awas! anda sedang diperhatikan oleh Nek Bunga!

Bila baca kisah KSDD ni, saya sangat teringat pesanan ayah saya supaya jangan keluar pada waktu senja.Pada masa ini syaitan sedang berkeliaran di merata rata. Asal hampir senja ayah akan memanggil kami adik beradik pulang. yang saya peliknya pada zaman sekarang makin senja makin ramai yang keluar. bawak bayi lagi! Seolah olah tidak percaya larangan orang tua. Sebab tu kalau bayi menangis waktu senja ayah saya sangat risau mungkin bayi tersebut nampak 'sesuatu'. hehehehhehe


Marina (Saidee Nor Azam)
Salah satu watak dalam KSDD yang merupakan salah seorang pelajar Azman. Kisah ini adalah mengenai seorang gadis bernama Marina telah mengambil sesuatu yang bukan kepunyaannya sehingga terbuka hijabnya untuk melihat makhluk alam ghaib. Marina sering dibuli oleh seorang pelajar senior yang bernama June. June merupakan seorang yang berada dan angkuh serta ego. Semua kejadian bermula apabila Marina memakai gelang kaki yang dijumpainya. Dia mula mengalami mimpi ngeri dan sering diganggu oleh makhluk halus. Ashikin, teman sebiliknya mula menjauhi Marina setelah dengan tiba-tiba muncul seorang gadis bernama Jamaliah yang sentiasa menemani Marina. Marina telah membuat perjanjian dengan Jamaliah untuk tidak meninggalkan gadis itu.
Semakin hari perangai Marina pelik. Sesiapa sahaja yang menyakiti hatinya akan menerima balasan. Ashikin yang bimbang dengan keadaan temannya membuat keputusan untuk pulang ke kampung bertemu dengan atuknya. Kebetulan atuknya arif mengenai makhluk alam ghaib ini.
Marina dan Ashikin selalu menaiki teksi Majid ke mana sahaja mereka pergi. Majid juga merupakan salah satu watak dalam KSDD dan menjadi watak utama dalam cerita seterusnya. Marina turut memperkenalkan Jamaliah kepada Majid malangnya Majid tidak mampu melihat Jamaliah. Marina dianggap pelik dan gila oleh orang sekelilingnya. Manakan tidak dia bercakap dengan Jamaliah yang hanya dia seorang yang boleh nampak! Sudah banyak kali dia dinasihati oleh Ashikin supaya memulangkan semula gelang kaki yang dipakainya namun ternyata sia -sia. Marina tidak mengendahkannya.
Pengakhirannya Marina di hantar ke hospital sakit jiwa memandangkan keadaannya semakin teruk. Gelang kaki itu sebenarnya dimiliki oleh Jamaliah, Seorang gadis yang telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan fakulti kerana dia kesepian dan selalu di perkotak katikkan. Mayatnya tersangkut di dahan pokok dengan kepala ke bawah dan kakinya ke atas. Sangat tragik dan mengerikan. Kesimpulannya 'Jangan ambil kepunyaan orang sesuka hati'. Saya pernah dengar orang berpesan jangan ambil barang atau sesuatu terutama sekali di laut. Kadang- kadang kita tidak tahu apakah ia!


Penumpang Malam.,(Zaifuzaman Ahmad)
Majid seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Watak ini diselitkan dalam kedua-dua cerita sebelum ini. Beliau adalah soerang pemandu teksi separuh masa memandangkan gajinya sebagai pekerja kilang tidak cukup untuk menampung isteri dan anaknya. Majid menyewa teksi pakcik kawannya Munir iaitu pakcik Joned. Tanpa disangka niat Majid untuk menambah pendapatan membongkar satu rahsia besar mengenai Pakcik Joned. Majid pernah bertanya kepada Munir kenapa pakciknya itu tidak lagi membawa teksi. Munir mengatakan bahawa pakciknya sakit tetapi tidak sakit. Majid menjadi hairan. Sepanjang Majid membawa teksi dia selalu diganggu tambahan pula dia membawa teksi di sebelah malam selepas habis kerja di kilang. Majid banyak mendengar cerita dari kawan pemandu yang lain berkenaan dengan hal gangguan ini. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mnceritakan pengalaman diganggu sepanjang membawa teksi.
Majid akhirnya berkenalan dengan gadis kelab malam yang selalu menumpang teksinya seterusnya membawa kepada perkaitan dengan sakit Pakcik Joned. Tanpa disangka pakcik Joneb menceritakan segalanya. Dia dengan tidak sengaja membunuh seorang gadis bernama Sarah dan menanamnya di sebuah hutan dan ditanam dengan pokok asam.
Cerita terperinci pasal Sarah kenalah baca sendiri ye! Lenguh sudah jemari ini menaip mengenai 3 cerita ini.

Pada saya novel ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan satu tapi tiga cerita disajikan! Awesome!











Puja

Assalamualaikum....hakak datang lagi..kali ni nk kongsi novel Puja...

 Perghhhhh..! Cenggini kata ko!Setiap helaian novel ni tidak menjemukan. Langsung tidak. Penulis Novel Maria Kajiwa benar benar membuat saya terasa seperti berada di dalam novel cuma kalau pembaca tidak ada ruang imaginasi yang luas maka sukar lah nak di fahami.tambahan pula pembaca kena faham susur galur keturunan setiap watak yang ada dalam novel (sama macam JBDM). Adik saya langsung tak faham cerita dalam JBDM sebab dia tidak suka berimaginasi atau membayangkan jalan cerita. Saya plak nak kena cerita kat dia...

Ok...back to Puja.bukan Pooja..PUJA..memuja...xtau la nk ulas mcm mn tp mmg sgt best dan very recommended. Plot dan jalan cerita sangat tersusun. Sebagai pembaca saya tidak keliru dengan flash back yang berselang seli dengan cerita zaman sekarang.

Kisah bermula apabila 400 tahun sebelumnya, tujuh orang lelaki (Waki, Alang, Sia, Garang, Abi, Hitam dan Ubi) telah melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar dan memulakan kehidupan baru dan membina sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Silak. Biasalah orang zaman dulu sangat percaya kepada penunggu. Tempat mereka mendirikan rumah dan bercucuk tanam di jaga oleh penunggu. Semuanya bermula apabila kampung mereka dilanda ribut yang amat dahsyat. Waki, sebagai pemimpin kumpulan ini akhirnya telah memeterai janji dengan puaka tempat tersebut (dinamakan Batu Silak) di mana setiap pelantikan ketua kampung yang baru, mereka perlu mengorbankan tiga nyawa. Puaka tersebut di percayai telah memberi pulangan lumayan kepada si pemujanya. Namun tiada siapa tahu berkenaan hal ini. Pada satu hari terjadilah satu peristiwa di mana Garang serta 2 orang anaknya telah hilang. Gerakan mencari di pergiat dan si Alang telah terserempak dengan Waki sedang membaca mantera pemujaan di dalam gua dan di depannya ada terdapat 3 lembing di tusuk dengan kepala Garang dan anak-anaknya! Alang tidak sangka Waki sanggup mempetaruhkan nyawa Garang semata-mata untuk memenuhi tuntutan puaka itu. Semenjak kejadian itu Alang tersisih dari kumpulannya kerana tidak mahu terus bersubahat syirik kepada Allah. Oleh itu , keturunan Alang Budiman terus menerus berusaha menamatkan kerja syirik tersebut.

Jimmy (nama sebenar Azim) salah seorang gangster di bandar pulang ke kampung setelah mengetahui ayahnya telah meninggal dunia. Jimmy merupakan waris dari anak lelaki sulung keturunan Alang Budiman. Setelah mengetahui cerita sebenar dari Pak Salleh dan Johan (adik Jimmy) Jimmy tekad untuk membawa keluar ibu dan adik-adiknya tambahan pula keluarga mereka terpilih untuk dijadikan korban. Saban hari mereka diusik oleh puaka tersebut Namun niatnya ditentang oleh adiknya, Johan. Johan mahu meneruskan niat ayahnya untuk menghapuskan amalan syirik tersebut. Niat mereka ditentang oleh Khairul, waris pemuja Batu Silak dan peneraju Silak Tua Holdings. Khairul akan membuat apa sahaja untuk memastikan upacara itu berjalan lancar. Batu Silak di pagari dan dikawal ketat olehnya. Sebelum upacara itu berlangsung dia harus melakukan pertapaan di Batu Silak dengan berendam dalam najis kelawar. Selain itu dia hanya dibenarkan makan 7 butir nasi dan minum air dari Sungai Silak sahaja.

 nak tahu ape jadi seterusnya kenalah baca sendiri..!

Watak dalam novel ini;

  1. Jimmy- watak utama (nama sebenar Azim)
  2. Johan - digambarkan seorang adik yang sangat family type dan berani, adik kepada Jimmy
  3. Pak Salleh - Pak Ngah Jimmy, adik kepada ayahnya (Manap)
  4. Mak Jiha dan Bahiyah - ibu dan adik Jimmy
  5. Khairul - Waris keturunan Tok Siang Waki, mewarisi ilmu puja dari ayahnya. Bertanggungjawab meneruskan upacara pelantikan ketua kampung. juga peneraju Silak Tua Holdings.
  6. Zaid - orang kanan Khairul ; insaf setelah dia sendiri nampak pendamping Khairul
  7. Mamat & Ijam - ahli kumpulan silat bersama Pak Salleh
  8. Pak Majid & Pak Daud - orang yang bertanggungjawab memastikan majlis pelantikan berjalan lancar
  9. Manjoy - kawan jimmy tapi telah menikam belakang apabila dia cuba memrangkap Jimmy
  10. Tang - gangster yang telah membunuh ayah Jimmy
  11. Suharto - Ketua gangster yang banyak membantu Jimmy
dan banyak lagi watak. Di pengakhiran cerita,penulis merungkai segala persoalan yang bermain di minda pembaca dengan plot penamat yang amat baik sekali.

***entry kali ni panjang sikit sebab saya teruja dan rajin nak kongsi cerita ini!

So,,tahniah untuk Maria Kajiwa. Karyanya amat bagus!



Sinopsis kulit buku:

400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya. Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung
halamannya? Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?



Projek Seram Hotel

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi untuk novel Projek Seram Hotel. Dalam novel ni ade 4 cerita seram dari 4 novelis tp semuanya bersangkut paut dengan hotel.


Sinopsis Kulit Buku:

“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN
Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ketika menginap di situ. Dan yang paling mengejutkan mereka ialah kedudukan bilik mereka yang bernombor 301 itu. Dapatkah mereka terus menginap di situ selama 4 hari dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada bell-boy itu sehingga rohnya dikatakan menghantui para penginap di hotel itu?

“Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja.” / GENTAYANGAN - NAIM TAMDJIS
Ekmal tertarik untuk mengambil alih Hotel Gentayangan yang terletak berhampiran kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Tetapi adiknya menegah kerana hasil kajiannya mendapati hotel tersebut berhantu. Ekmal tidak percaya kerana hotel tersebut sangat strategik dan bakal memberi pulangan yang lumayan. Ekmal sendiri datang menyiasat dan mengalami sendiri pengalaman duduk di hotel. Malah Ekmal bertanya sendiri kejadian misteri yang dialami oleh pekerja. Pelbagai cerita seram diceritakan oleh para pekerja.
Kemudian berlaku kes pembunuhan yang melibatkan pekerjanya. Inspektor Arisya menyiasat kes pembunuhan yang berlaku. Dia percaya pembunuhan yang berlaku bukan disebabkan oleh makhluk mistik… tetapi dilakukan oleh manusia. Kemudian berlaku pembunuhan penuh misteri oleh entiti berpakaian badut yang terakam oleh CCTV. Inspektor Arisya ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan yang berlaku. Siapakah pembunuh badut dan kenapakah banyak kejadian misteri yang berlaku di hotel?

Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini. / HOTEL SAN DEVILY - EQBAL MOHAYDEEN
Beberapa orang pelancong hilang tanpa dapat dikesan di bumi Melaka. Kehilangan mereka menjadi kes yang cukup misteri dan tidak dapat diselesaikan. Ghaib dan lesap sama sekali. Sebuah hotel tidak beralamat yang terbina sejak tahun 1914 telah menjadi pilihan penginapan dua sahabat, Eric dan Faiz yang sedang bercuti di negeri bandar raya bersejarah itu. Langkah pertama menginjak hotel tersebut, sesuatu yang tidak enak mengusik di hati. Bulu roma dirasakan meremang seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan segala gerak geri mereka. Malam pertama di situ, satu per satu kejadian aneh dan menakutkan mula merasuk. Mereka mula bergelut mencari jalan keluar tetapi terhalang oleh sesuatu yang bersifat misteri. Tanpa sedar, mereka telah membangkitkan suatu makhluk yang sekian lama ‘tidur’ di situ! Adakah misteri kehilangan pelancong berkait dengan hotel yang mereka huni itu? Berjayakah mereka keluar dari hotel puaka itu dengan selamat?

Ada makhluk lain antara kita! / AZIAH ZAINAL - TAMU TAK DIUNDANG
Mengisahkan dua sahabat , Akid dan Dali yang ingin bercuti di Hotel Seri Malam. Pada suatu hari mereka telah menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka dan mengambilnya. Sejak hari itu pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi dan persahabatan sudah tiada ertinya kerana diantara mereka ada makhluk yang cuba menghasut dan memecah belahkan mereka. Percutian yang dirancang menjadi huru hara. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa ataupun ada tetamu lain yang akan menggantikan tempat mereka?




Ulasan saya:

Bell Boy
Bagi saya cerita pertama ni amat tragis...seramnya terasa bila penulis menggambarkan suara tangisan dan bunyian dari bilik sebelah dan juga  bisikan yang di dengar oleh watak utama.. Cerita bermula apabila Farish menghadapi writers block di mana dia kekeringan idea untuk melengkapkan manuscriptnya. Ariff mengajak Farish mencari Ilham disebuah hotel berpuaka. Di sana mereka ditempatkan di bilik bernombor 302. Tanpa mereka sedari ada sesuatu memerhatikan mereka. Mereke mendengar cerita orang bahawa seorang bell boy telah dibunuh kerana bermain cinta dengan isteri orang. Farish merasakan bahwa mangsa tidak bersalah setelah mendengar bisikan dan juga tangisan.

Airil seorang anak yang baik mendapat kerja sebagai bell boy di hotel tersebut. Dia memerhatikan seorang pelanggan tetap yangg mencari ketenangan di hotel berkenaan dan dia mula rapat dengan Suraya. Tanpa disedari oleh Airil suami Suraya, Kamal mengupah orang untuk mengekori dan melaporkan gerak geri Suraya dan Airil. Dalam masa yang sama Kamal membela pendamping untuk mengekori Suraya. Konco Kamal telah memberi amaran keras kepada Airil supaya menjauhi Suraya tetapi Airil mengendahkannya. Airil membawa Suraya berjumpa dengan ibunya dan ibunya menyukai Suraya. Dalam masa yang sama Ibu Airil dapt melihat pendamping Suraya yang sentiasa berada di luar rumah dan akan mengekori Airil. Pada satu hari Airil tidak datang ke tempat kerja. Rupanya dia telah diculik oleh konco Kamal dan diletakkan di bilik 301. Airil di pukul dan diseksa sehingga mati. Sejak kematian Airil hotel itu sentiasa dihantui dan berpuaka.

Hotel Gentayangan

Untuk cerita kedua ni penulis mengetengahkan sihir dan pada akhirannya penulis menyelitkan cerita pcyho-triller. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa watak utama iaitu Ekmal adalah seorang yang berani dan dia adalah hero but at the end penulis mewujudkan satu lagi watak misteri kepada Ekmal atau lebih dikenali dengan split personality. Ekamal seorang ahli perniagaan yang telah menang tender lelongan hotel. Dia mendapat tahu hotel tersebut berhnatu dari cerita adiknya. Disebabkan dia kurang percaya kepda tahyul dia mengarahkan semua pekerja hotel cerita mengenai pengalaman yang mereka lalui. Kebanyakannya bercerita terserempak dengan perempuan berambut panjang. Perempuan itu bernama Zalimah. Dia telah ditolak dari tingkat 13 oleh teman lelakinya setelah teman lelakinya mengetahui Zalimah telah hamil. Eknal  mengambil keputusan untuk menginap dan merasai sendiri pengalaman itu dengan ditemani oleh bekas pekerja hotel itu, Helmi. Spepanjang keberadaannya di hotel seorang pekerja telah terbunuh dan menemukan Ekmal dengan Inspektor Arisya. Disebabkan tragedi pembunuhan itu menemui jalan buntu Ekmal akhirnya membuat keputusan untuk memanggil seorang ustaz demi membersihkan hotel tersebut. Rupanya hotel tersebut telah di sihir oleh pemilik hotel yang lain kerana hasad dengki. Di penghujung cerita penulis mencipta satu sisi berbeza Ekmal...iaitu pembunuh badut. Pada waktu siang dia adalah Ekmal manakala malam dia bertukar watak menjadi pembunuh yang kejam dengan berpakaian seperti badut. Watak badut dan Inspektor Arisya di sambung dalam novel Barongan. 

Hotel San Devily

-No comment-


Tamu Tak Diundang

Pada saya cerita ni agak sedikit kelam kabut dan mengelirukan tetapi jalan cerita menarik. Sekiranya pembaca tidak mempunyai daya imaginasi yang tinggi sukar untuk difahami sebenarnya mana yang betul mana yang tidak. Banyak jugak saya skip. Ceritanya..Akid dan Dali pergi  bercuti di Hotel Seri Malam kerana mahu menangkap gambar yang cantik untuk menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Sebelum sampai hotel lagi mereka sudah diganggu dan seterusnya apabila tiba di hotel kejadian demi kejadian berlaku. Semuanya bermula apabila mereka menginap di bilik 702 dan terjumpa dengan seutas kalung yang di buat daripada kulit kerang di pantai. Kemudian penulis mengaitkan kejadian yang sama turut berlaku pada 3 sekawan yang pergi bercuti di hotel dan bilik yang sama. Rupanya kalung itu adalah milik seorang mangsa pembunuhan yang bernama Cempaka yang mayatnya di tanam di hutan kecil di pantai dan pernah menginap di bilik 702. Sesiapa yang mengambil kalung tersebut akan mengalami kejadian aneh dan mistik.

Secara keseluruhannya novel ini tidak jemu untuk dilayan. Ana bagi 4 bintang!


Meremang

Novel ni adalah novel yang paling lama untuk saya habiskan bacaannya..ada kot hampir 2 minggu..
Pada saya agak membosankan tambahan pula nama watak utama 2 suku kata dan diulang sehingga penghujung novel...jenuh nak cari feel since baca muka surat pertama tapi ku gagahkan jua untuk menghabiskannya...huhuhuhuhuhuhu :0

Novel ni kurang sedikit keseramannya dan kebanyakan jalan cerita tidak ada daya penarik..bayangkan baca 2 muka surat pastu tertidur....rasa nak tahu endingnya takdak!

Adoyai!Tajuk novel dah sedap tapi konfliknya dan klimaksnya tidak menjadi. terlalu banyak babak -babak yang melewah-lewah sekadar untuk menebalkan buku.

Jangan kecam saya!!




Sinopsis kulit buku:

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian- kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam menanbahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.







Nyi Roro Kidul








Assalamualaikum..

Setelah membaca JBDM,bab yang menyentuh mengenai penunggu laut yang di puja Ambarningsih membuatkan saya teringat akan Nyi Roro Kidul. dengan tidak sengaja saya telah menonton satu cerita mistik seram di Astro Citra, filem Indonesia berjudul Samudra Hotel.

Disebabkan cerita ni ade kaitan dengan mistik dan misteri etnik dan juga sejarah so hari ni punya post lari tajuk sikit..

Saya pun memulakan pencarian dengan bantuan Mr Google berkenaan dengan kamar 308 Samudra Hotel dan Nyi Roro Kidul.

Nyi Roro Kidul..

Nyi Roro Kidul ataupun dikenali sebagai Ratu Pantai Selatan digambarkan seorang bidadari yang sangat cantik uang menyukai warna hijau. Beliau dikatakan seorang puteri raja yang telah disihir sehingga menjadi hodoh oleh ibu tirinya disebabkan hasad dengki apabila beliau bakal ditabalkan menjadi raja. Ibu tirinya telah menghasut ayahandanya untuk menghalau beliau keluar dari istana. Beliau menuju ke laut dan menenggelamkan dirinya. Sejak dari itu wajahnya tidak lagi hodoh dan beliau mengabdikan dirinya pada laut.

Masyarakat setempat di sekitar daerah Pelabuhan Ratu Sukabumi Jawa Barat sangat mempercayai kewujudan si ratu penguasa pantai ini sehingga mereka mejadikan ritual penyembahan pantai sebagai rutin pada setiap bulan April. Mereka juga mempercayai bahawa sang ratu memberi pelindungan kepada para nelayan sepanjang berada di laut.

apakah kaitan beliau dengan Kamar 308 Samudra Hotel???

Samudra Hotel telah dibina oleh Presiden Soekarno pada tahun 1962 dan merupakan hotel yang sangat berprestij dan mewah. mungkin kerana mahukan hotel itu terus gemilang, maka pihak hotel telah menyediakan satu bilik khas untuk tempat istirehat sang ratu. Bilik itu dihiasi dengan rona warna hijau seperti kesukaan sang ratu.  Turut dihiasi dalam bilik ini adalah sebuah lukisan yang menggambar sang ratu.

Pihak hotel membuka bilik ini untuk dikunjungi dengan meletakkan beberapa syarat seperti harus mengucapkan salam ketika masuk dan keluar, tidak boleh bercakap angkuh, tidak boleh berbisik, tidak boleh menyumpah, tidak boleh berada dalam bilik ini melebihi satu jam. wanita haid dilarang untuk masuk.

Berbalik kepada filem ini,, mengisahkan tentang seorang gadis, Naya ditwarkan pekerjaan sebagai Housekeeping Supervisor di sebuah hotel dengan bantuan kawannya, Caca. Naya pergi bersama adiknya, Aira dan setelah berada di sana dia hairan kenapa hotel itu ditutup. Alasan yang diberikan adalah hotel terpaksa ditutup untuk kerja fogging sebab ade penyakit bawaan nyamuk. ada seramai 5 orang sahaja yang berada di hotel ini sepanjang penutupannya.

Naya dan Adiknya dibenarkan berada di setiap sudut di hotel kecuali di kamar 308. Perkara in membuatkan Naya pelik dan tidak semena-mena perasaan ingin tahu menguasai dirinya.  Naya mengalami beberapa kejadian aneh seperti kebocoran bilik dan air berbau seperti air pantai. Dengan Perasaan ingin tahunya dia mencuri kunci kamar 308 dari penjaga kunci kamar itu.

Kemudian seorang demi seorang ditemui mati dengan tragis. Setelah menyiasat dengan bantuan perakam video milik salah seorang pekerja hotel, Naya mengetahui kisah sebenar. Dia sudah ditipu oleh kawannya. Rupanya 5 orang yang berada di hotel itu adalah rakan subahat yang mempergunakan Naya dan adiknya untuk memuja Sang Ratu Nyi Roro Kidul. Mereka berlima merancang untuk mendapatkan duit dari Sang Ratu dengan melakukan ritual dengan bantuan seorang bomoh.

Penjaga kunci kamar 308 di bunuh untuk mereka mendapatkan kunci kamar tersebut.
Dan lebih memeranjatkan rupanya Naya  merupakan keturunan sang Ratu dan mereka memerlukan Naya semasa proses ritual dijalankan. Berlaku pertarungan di antara Naya dengan kepala yang merancang segalanya, Sena.

Pengakhiran cerita, Naya sebagai pewaris sang ratu menjadi juru kunci kamar 308 yang baru dan juga menjadi pemandu pelancong yang mengetahui sejarah kamar itu.


***sebagai orang Islam, mempercayai sesuatu yang tidak wujud di anggap khurafat. Biarlah mitos tinggal mitos. Jangan terlalu obses sehingga menyekutukan YANG MAHA ESA...

Wallahua'lam...

Sumpahan Ling Chi

Sumpah!

Takde maknanya...Sumpahan Ling Chi hasil garapan penulis bernama Salleh Kausari.

Nak kata seram..xde la seram mana..novel ini lebih kepada unsur thriller.




Sinopsis kulit buku:

Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. 
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?

“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN

“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA

“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN



Ulasan saya:

Hukuman Ling Chi adalah salah satu hukuman purba yang dipraktikkan oleh zaman Dinasti Ming terhadap penjenayah kes berat. Hukuman ini sangat menyeksakan di mana pesalah di ikat pada kayu dan tubuhnya dilapah hidup hidup sehingga mati.Sadis!

Kisah bermula apabila seorang profesor bernama Prof Derrick Lim pemilik asal sebuah banglo, House of Ophelia menyimpan pisau yang digunakan semasa hukuman Ling Chi dijalankan. Lama kelamaan pisau itu seakan akan dahagakan darah! Seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi mangsa.

Inspektor Sabirin memula penyiasatan setelah ramai yang hilang dan penyiasatannya terarah ke banglo berkenaan. Di sana Inspektor dan kawannya telah di perangkap dan kurung di dalam terowong di mana hukuman Ling Chi itu di jalankan.

Sesiapa saja yang melewati banglo itu akan menjadi mangsa. Penjaga banglo, Damien Tan memperdaya mangsa untuk masuk ke rumah tersebut dengan bantuan Aunty Mei Lan.

Bahagian di mana penulis mengimbas kembali masa silam Damien bagi saya sikit membosankan..saya terpaksa skip beberapa muka surat..bahagian itu cuma hendak menceritakan bagaimana Damien sampai ke banglo itu dan mula terhutang budi dengan Profesor.

Akhirnya misteri terbongkar apabila Inspektor Sabirin menemui terowong yg menempatkan mangsa sumpahan Ling Chi. Dia dan kawan-kawannya sudah tahu dalang disebalik semua yang terjadi dan dia telah membuat rancangan untuk menghapuskan tempat itu dengan meletupkannya.

Saya bagi 7/10 untuk novel ini.

Ok.bye!






Misteri Dania vs Potret Dua Wajah

Setelah saya membaca Misteri Dania dan mula mengenali penulis Haiza Najwa, ia terus membawa saya untuk memburu Potret Dua Wajah..Rupanya kisah yang sama tp berlainan tajuk..menyesal pulak beli...Novel ini masih elok berbalut lagi..





Sinopsis kulit buku:

Aisyah merupakan pelajar baru di sekolah itu menemui lukisan dalam galeri sekolah. Sejak itu, dia berminat untuk mencari siapa pelukis sebenar. Malangnya, Iman dan rakan-rakanya menutup mulut dan enggan bercerita mengenai Dania. Bagi mereka, itu adalah peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Suatu malam, Aisyah diganggu bayangan misteri dikatakan roh Dania yang tidak tenteram. Dania mempunyai pakej yang lengkap. Cantik, bijak dan popular. Tetapi dia membunuh diri kerana mengetahui dirinya mengandung anak luar nikah. Namun, Cikgu Masriezal yakin Dania sebenarnya dibunuh! Misteri ini terungkai satu per satu. Tanpa disangka, orang yang di anggap baik, rupa-rupanya bertopengkan syaitan! 



Ulasan Saya:

Jalan cerita agak menarik pada awalnya tetapi di pertengahan saya sudah dapat mengagak apakah terjadi pada Dania..

Novel ini agak seram since saya pun pernah tinggal di hostel.

Bagi saya novel ini so so je..

Jangan kecam saya!



Dari Alam Lain



Novel ni ade lain mcm sikit..saya rasa mcm saya plak watak utama....(perasan nau nau)
Penulis, encik Helmi Effendy ni berjaya menarik minat saya untuk membaca sampai habis.

Dalam novel ini,beliau 'mengumpul' kebanyakan  hantu yang popular di Malaysia sambil membawa saya ke alam sejarah Kesultanan Melayu Melaka..memang Ohsem!

Teringat saya pada cerita adik beradik Supernatural. Penulis sangat kreatif menggarap watak supaya 'kena' 'dengan zaman Melayu Melaka.

Tambahan pula penulis memaparkan kisah mistik Ulik Mayang sampaikan saya turut menggunakan perkhidmatan Mr Google untuk mengetahui mistik di sebalik tarian Ulik Mayang.

Rupanya ada sebab kenapa lagu Ulik Mayang yang saya dengar sebelum ini tidak lengkap...

Novel ini sangat best dalam menerangkan bahawa 'unseen' thing itu wujud di sekeliling kita serta penuh dengan semangat kemelayuan...





Sinopsis kulit buku:

Mereka adalah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam atau Dean Winchester. Mereka juga tiada kaitan dengan kumpulan lagenda Ghostbuster. Mereka adalah Badrul Zaman dan Citra Adra. Kacukan manusia-bunian. Kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka.  Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung, tetapi relung mesti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badrul Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. Dalam masa yang sama makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.

Anak Patung Nana


ade 4 cerita berlainan dalam novel ini..
  1. Anak Patung Nana-Suzaini Nadzir
  2. Gumanthong - Maria Kajiwa
  3. Ngeri - Eqbal Mohaydeen
  4. Sorok-sorok - Sufi Aqbari

Yang menjadi kegemaran saya adalah Anak Patung Nana dan juga Gumanthong. 


Anak Patung Nana...





Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Nana memiliki sebuah patung yang dinamakan Puteri yang sebenarnya dimiliki oleh anak kepada Puan Khor yang bernama Carla. Carla tidak disukai oleh ibunya disebabkan kecacatannya. Puan Khor selalu mendera Carla sehingga menyebabkan kematian anak itu. Puan Khor rasa menyesal dengan tindakannya sehinggakan beliau berjanji untuk menjaga anak patung kesayangan anaknya,Marie. rambut Marie dijahit dengan rambut Carla dan  menyebabkan patung itu seolah olah hidup. Puan Khor meletakkan patung itu di pejabat kedai mainannya dan tanpa sengaja di beli oleh Nana setelah patung itu bergerak sendiri ke rak pameran.

Nana, seorang anak kecil yang cacat (tiada tangan) selalu diejek oleh budak sekelasnya. Malah bapanya juga tidak sukakannya. Hanya ibu saja tempat dia bergantung.

Puteri, nama patung yang diberikan oleh Nana bertindak sebagai pelindung..Puteri membisikkan kepada Nana...andai Nana memerlukannya serulah namanya...

Kesudahannya agak tragik apabila Nana mati kerana ikut Puteri terjun dalam kolam renang. Lepas kematiannya, keluarga Nana berpindah dan Puteri ditinggalkan dan terus menghantui penghuni-penghuni seterusnya...


Gumanthong..



*sekadar hiasan*

Cerita ni sangat best. siap ade throwback kisah zaman dahulu di mana Gumanthong dihidupkan. Bermula cerita apabila Luqman, seorang penjual perabot terpakai terjumpa meja milik datunya lalu memindahkannya ke kedai. Pelbagai kejadian berlaku setelah Luqman tanpa sengaja membebaskan Gumanthong yang 'rumahnya' telah di paku didalam laci meja tersebut.

Gumanthong telah bebas dan kini mencari tuannya yang baru. Luqman telah terima dan hal itu menyebabkan kedainya semakin laris. Gumanthong meminta balasan darah! apa yang berlaku selepas itu??kena la baca sendiri..hahahhah ;)

Cerita lagi 2 tu saya skip baca...boleh?

Bye!













Manuscript



Sinopsis kulit buku:

Jangan biarkan dia wujud!

Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.

Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.

Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri yang sebenarnya di sebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam.

“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman

“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” -Yasril

“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna




Ulasan Saya:

Pada permulaan cerita agak slow..banyak page yg saya skip sebab bosan sikit..tp pengakhiran agak best bila segala galanya berkenaan dengan Manuscript terungkai..

Bagi saya cerita berunsurkan halusinasi ni agak membosankan sebab saya dah boleh agak siapa pelaku yang sebenar cuma nak tahu cerita disebalik segala konflik dan kejadian.

Bermula dengan kisah hidup seorang penulis novel seram Iman yang mana isterinya, Diana curang dengan seseorang berstatus  suami, Rody..karya Iman sudah tidak 'ummphh' menyebabkan hidupnya terumbang ambing tambah lagi dengan ejekan orang sekeliling.

Dia membawa diri untuk mencari ilham menulis novel di sebuah banglo milik pakcik Lucy. Di banglo itu Iman terjumpa dengan satu Manuscript yang belum ada penamat. dari situ lah bermula segalanya tambahan pula Iman sangat obses dengan minuman roselle yang diperoleh segar dari taman belakang rumahnya..

Beliau bercadang untuk memplagiat manuscript itu tanpa mengetahui bahawa pemilik manucript, Faten telah mati di bunuh di banglo itu dan mayatnya di tanam di taman roselle.

Segala pengakhiran cerita dirungkai hasil daripada penyakit halusinasi Iman.

Saya bagi 6/10 unutk novel ini.

Bye!


Roh Rumah Sewa

Assalamualaikum....

Roh Rumah Sewa naskah dari Naim Tamjis.

Nak kata seram xde la seram sangat cuma jalan cerita agak menarik apabila penulis mengetengahkan unsur sejarah. cerita di susun begitu rapi dan menarik saya untuk membaca naskah ini sampai habis.

Good job Mr Naim!



Sinopsis Kulit buku:

Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa!



Barongan

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit mengenai novel BARONGAN karya Naim Tamjis.



Sinopsis kulit buku:

Kyra, seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pak ciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh mak ciknya.

Kyra menyambung pelajaran di Universiti Malaysia yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Krya berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Krya termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak akan terlepas daripada dendamnya.

Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya?

“Hutang darah dibalas dengan darah!” ~ Ezah.

“Kamu dah dirasuk syaitan. Ni semua tipu daya syaitan!” ~ Sally

“Hati dia ni busuk dan kotor. Ni bukan hati manusia! Aku akan cincang hati dia ni!” ~ Kyra

“Dia belum kenal aku siapa. Aku akan buat dia merana!” ~ Amera
 



Ulasan Saya:

Cerita yang agak menarik bagi saya.Tambahan pula saya sudah biasa menyaksikan tarian kuda kepang ini sejak kecil di kampung terutama sekali di majlis perkahwinan..kes penari naik hantu akibat semangat kuda kepang yang di seru biasa sangat bagi saya..

Naskah ini mengimbau sejarah Melayu dan juga kuda kepang.. memang kesukaan saya apabila sesebuah novel berunsurkan sejarah etnik seperti dalam JBDM.

Barongan...watak utama dalam tarian kuda kepang di angkat menjadi punca segala konflik yang berlaku.

Penderitaan yang  di alami oleh Kyra di balas dengan kebangkitan Barongan. ditambah pula dengan kematian sahabat baiknya yang juga bertindak sebagai pelindung kepada Kyra.

Novel ini juga merupakan sambungan pembunuh badut dalam novel bertajuk Projek Seram Hotel.

Penulis bijak membuat kesinambungan Barongan dengan Projek Seram Hotel di mana segala galanya berkenaan dengan pembunuh badut di tamatkan dalam novel ini. Siapa sebenarnya Ekmal dan kaitannya dengan Kyra dirungkai dengan baik dan kemas.

Syabas Naim Tamjis!

Jangan Biar Dia Masuk II





Sinopsis kulit buku:


Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji.

Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri sendiri. 

Dua keturunan celaru. Dua keturunan semakin terdesak. Dua keturunan berdepan dengan kematian. Sandiwara syaitan terlalu ramai pelakonnya. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Mampukah semangat gamelan Ambarsari melawan? Mampukah Maya kali ini berdikari dan berjuang untuk nasibnya sendiri?



Ulasan Saya:

Jeng jeng jeng....baru sahaja habis baca JBDM 2...terbaik!

Saya rasa saya dah terlalu obses dengan novel JBDM ni.Saya siap melakar susur galur keturunan Anje dan Adika untuk saya lebih memahami novel ini.





 **Mohon ade yg betulkan sekiranya salasilah keluarga ini salah.

Ini pula asal usul keturunan Maya..Rupanya Maya ni tiada kaitan langsung dengan keturunan Anje dan Adika..Ambarsari dan Ambarwati bersumpah akan melindungi keturunan Muliati daripada menjadi mangsa wong menyak dan keturunannya..




Kali ini penulis A.Darwisy menggarap penulisannya dengan lebih berat dan sangat tersusun, Beliau menggabungkan cerita dunia maya dan alam ghaib iaitu dengan mewujudkan cerita perkampungan ummar yang bermula dengan kesesatan Ambarsari ke sana.

Sangat keliru pada mulanya..seolah olah saya sedang menyusun puzzle sambil membayangkan jalan cerita supaya saya 'masuk' ke dalam cerita ini..tak dapat saya ungkap dengan kata-kata perasaan setelah membaca novel ini..sehingga sekarang jalan cerita 2 novel ini terngiang di benak saya....

Garwoku.....pamitan dulu!

Lengloi...




Sinopsis kulit buku:
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di lot 55, sayangnya semua berhdapan dengan gangguan yang menakutkan. 

Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan medai di Lot 55 itu semakin digeruni dan diaktakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tdiak dapat dikesan.

Siapakah yang dipanggil  lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa ia menghuni Lot 55? Apa yang dumahunya? Ke mana Suzy menghilang?

Ulasan saya:
Seram...memang seram tambah misteri..tu la yg dapat saya gambarkan ..mulanya rasa mcm xbest je sebab penulis memulakan cerita dengan pemujaan nombor. Dalam fikiran saya mungkin kisah ni hanyalah berkisarkan pemujaan.tapi saya silap! Apabila saya terus layan dan akhirnya terus layan..rasa ingin tahu pengakhiran membuak buak. Tak kisah la x fokus pada Konsert Gegar Vaganza 3 tu..janji dapat tau cerita sebenanrnya..bagi saya jalan cerita di susun sangat kemas dan bahasa yang di gunakan memang simple. Cara penulis menggarap seksaan terhadap Suzy membuatkan saya rasa hingga ke tulang..terlalu seksa dan perit...meremang bulu roma tambah lagi baca buku sambil buka tingkap..Akhirnya kehilangan Suzy terjawab....Nangis mak nak!

Next!



Jangan Biar Dia Masuk







Sinopsis kulit buku:

Laqqus, keturunan syaitanyang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAh. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah , lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi , Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui  dengn satu persatu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan,.

Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

Ulasan saya:

 Pergh!! memang terbaik! Seronok sangat baca buku ni..dari muka 1 sampai akhir langsung tidak membosankan..Saya mula terbyg-byg mantera dan juga jalan cerita dalam novel ini..alangkah bagusnya di adaptasi menjadi drama atau filem..saya cuba cari review pembaca yang lain.rata rata memuji novel ini.memang tidak mengecewakan! Kemudian saya jumpa ini.,..,


Gambaran di atas ni menyebabkan saya tidak tidur malam..lena saya seolah olah di'ganggu' oleh tiga watak ini terutama sekali Ambarsari..semangat gamelannya seolah olah meresap dalam diri saya..saya mula meminati muzik gamelan..dan terbuai buai dengan lagunya... 
Ada satu hari saya terbangun lebih kurang pukul 4 pagi, saya terbayang Ambarningsih.takutnya!! Karya A.Darwisy begitu memberi kesan terhadap diri saya. Saya rasa sudah hampir sebulan saya habis baca novel ini tapi saya tidak dapat melupakan jalan ceritanya...sangat epik dan misteri..tambahan pulak saya memang berketurunan jawa! Jom....Jangan Biar Dia Masuk II!

Pemula Bicara



Assalamualaikum dan selamat berkenalan kepada semua..Akhirnya dapat juga saya berkongsi dengan semua mengenai hasil bacaan novel seram dalam blog ini.

Saya tak tahu macam mana saya boleh terjebak kisah kisah seram dan misteri ni. Dulu masa zaman sekolah saya suka baca Siri Penyiasatan Salma. Kemudian novel cinta..N bila dah masuk alam remaja purba dan dah berkahwin malas pulak nk layan cintan cintun ni..terus saya mulakan pencarian novel seram dan misteri. Tumpuan saya kepada novel seram yang memang seram yang ade cerita disebaliknya..klu thriller tu boleh la layan skit skit..Saya ni penakut tp layan cite seram pastu takut sendiri (padan muka den!)


Antara novel yang telah menjadi koleksi saya sehingga ke hari ini:
  1. Anak Patung Nana
  2. Dari Alam Lain
  3. Roh Rumah Sewa
  4. Misteri Dania
  5. Potret Dua Wajah
  6. Manuscript
  7. Barongan
  8. Jangan Biar Dia Masuk
  9. Jangan Biar Dia Masuk II
  10. Lengloi
  11. Sumpahan Ling Chi
  12. Meremang
  13. Projek Seram Hotel
  14. Puja
  15. Kala Senja Dia Datang
  16. Pembantu Dari Neraka
  17. Jasad
Saya lebih cenderung untuk membaca novel seram dan misteri yang mempunyai nilai estetika dan sejarah. Seperti sejarah Melayu , muzik, tarian, semangat mistik dan seumpama dengannya.

Mood saya hilang bila nama watak sangat panjang dan terus di ulang sehingga akhir bacaan..

Setakat tu saja. Jumpa di post yang akan datang. 


Bye!