topeng

Barongan

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit mengenai novel BARONGAN karya Naim Tamjis.



Sinopsis kulit buku:

Kyra, seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pak ciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh mak ciknya.

Kyra menyambung pelajaran di Universiti Malaysia yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Krya berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Krya termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak akan terlepas daripada dendamnya.

Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya?

“Hutang darah dibalas dengan darah!” ~ Ezah.

“Kamu dah dirasuk syaitan. Ni semua tipu daya syaitan!” ~ Sally

“Hati dia ni busuk dan kotor. Ni bukan hati manusia! Aku akan cincang hati dia ni!” ~ Kyra

“Dia belum kenal aku siapa. Aku akan buat dia merana!” ~ Amera
 



Ulasan Saya:

Cerita yang agak menarik bagi saya.Tambahan pula saya sudah biasa menyaksikan tarian kuda kepang ini sejak kecil di kampung terutama sekali di majlis perkahwinan..kes penari naik hantu akibat semangat kuda kepang yang di seru biasa sangat bagi saya..

Naskah ini mengimbau sejarah Melayu dan juga kuda kepang.. memang kesukaan saya apabila sesebuah novel berunsurkan sejarah etnik seperti dalam JBDM.

Barongan...watak utama dalam tarian kuda kepang di angkat menjadi punca segala konflik yang berlaku.

Penderitaan yang  di alami oleh Kyra di balas dengan kebangkitan Barongan. ditambah pula dengan kematian sahabat baiknya yang juga bertindak sebagai pelindung kepada Kyra.

Novel ini juga merupakan sambungan pembunuh badut dalam novel bertajuk Projek Seram Hotel.

Penulis bijak membuat kesinambungan Barongan dengan Projek Seram Hotel di mana segala galanya berkenaan dengan pembunuh badut di tamatkan dalam novel ini. Siapa sebenarnya Ekmal dan kaitannya dengan Kyra dirungkai dengan baik dan kemas.

Syabas Naim Tamjis!

No comments:

Post a Comment