Sumpah!
Takde maknanya...Sumpahan Ling Chi hasil garapan penulis bernama Salleh Kausari.
Nak kata seram..xde la seram mana..novel ini lebih kepada unsur thriller.
Sinopsis kulit buku:
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup.
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?
“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN
“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA
“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN
Ulasan saya:
Hukuman Ling Chi adalah salah satu hukuman purba yang dipraktikkan oleh zaman Dinasti Ming terhadap penjenayah kes berat. Hukuman ini sangat menyeksakan di mana pesalah di ikat pada kayu dan tubuhnya dilapah hidup hidup sehingga mati.Sadis!
Kisah bermula apabila seorang profesor bernama Prof Derrick Lim pemilik asal sebuah banglo, House of Ophelia menyimpan pisau yang digunakan semasa hukuman Ling Chi dijalankan. Lama kelamaan pisau itu seakan akan dahagakan darah! Seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi mangsa.
Inspektor Sabirin memula penyiasatan setelah ramai yang hilang dan penyiasatannya terarah ke banglo berkenaan. Di sana Inspektor dan kawannya telah di perangkap dan kurung di dalam terowong di mana hukuman Ling Chi itu di jalankan.
Sesiapa saja yang melewati banglo itu akan menjadi mangsa. Penjaga banglo, Damien Tan memperdaya mangsa untuk masuk ke rumah tersebut dengan bantuan Aunty Mei Lan.
Bahagian di mana penulis mengimbas kembali masa silam Damien bagi saya sikit membosankan..saya terpaksa skip beberapa muka surat..bahagian itu cuma hendak menceritakan bagaimana Damien sampai ke banglo itu dan mula terhutang budi dengan Profesor.
Akhirnya misteri terbongkar apabila Inspektor Sabirin menemui terowong yg menempatkan mangsa sumpahan Ling Chi. Dia dan kawan-kawannya sudah tahu dalang disebalik semua yang terjadi dan dia telah membuat rancangan untuk menghapuskan tempat itu dengan meletupkannya.
Saya bagi 7/10 untuk novel ini.
Ok.bye!

No comments:
Post a Comment