Assalamualaikum..
Setelah membaca JBDM,bab yang menyentuh mengenai penunggu laut yang di puja Ambarningsih membuatkan saya teringat akan Nyi Roro Kidul. dengan tidak sengaja saya telah menonton satu cerita mistik seram di Astro Citra, filem Indonesia berjudul Samudra Hotel.
Disebabkan cerita ni ade kaitan dengan mistik dan misteri etnik dan juga sejarah so hari ni punya post lari tajuk sikit..
Saya pun memulakan pencarian dengan bantuan Mr Google berkenaan dengan kamar 308 Samudra Hotel dan Nyi Roro Kidul.
Nyi Roro Kidul..
Nyi Roro Kidul ataupun dikenali sebagai Ratu Pantai Selatan digambarkan seorang bidadari yang sangat cantik uang menyukai warna hijau. Beliau dikatakan seorang puteri raja yang telah disihir sehingga menjadi hodoh oleh ibu tirinya disebabkan hasad dengki apabila beliau bakal ditabalkan menjadi raja. Ibu tirinya telah menghasut ayahandanya untuk menghalau beliau keluar dari istana. Beliau menuju ke laut dan menenggelamkan dirinya. Sejak dari itu wajahnya tidak lagi hodoh dan beliau mengabdikan dirinya pada laut.
Masyarakat setempat di sekitar daerah Pelabuhan Ratu Sukabumi Jawa Barat sangat mempercayai kewujudan si ratu penguasa pantai ini sehingga mereka mejadikan ritual penyembahan pantai sebagai rutin pada setiap bulan April. Mereka juga mempercayai bahawa sang ratu memberi pelindungan kepada para nelayan sepanjang berada di laut.
apakah kaitan beliau dengan Kamar 308 Samudra Hotel???
Samudra Hotel telah dibina oleh Presiden Soekarno pada tahun 1962 dan merupakan hotel yang sangat berprestij dan mewah. mungkin kerana mahukan hotel itu terus gemilang, maka pihak hotel telah menyediakan satu bilik khas untuk tempat istirehat sang ratu. Bilik itu dihiasi dengan rona warna hijau seperti kesukaan sang ratu. Turut dihiasi dalam bilik ini adalah sebuah lukisan yang menggambar sang ratu.
Pihak hotel membuka bilik ini untuk dikunjungi dengan meletakkan beberapa syarat seperti harus mengucapkan salam ketika masuk dan keluar, tidak boleh bercakap angkuh, tidak boleh berbisik, tidak boleh menyumpah, tidak boleh berada dalam bilik ini melebihi satu jam. wanita haid dilarang untuk masuk.
Berbalik kepada filem ini,, mengisahkan tentang seorang gadis, Naya ditwarkan pekerjaan sebagai Housekeeping Supervisor di sebuah hotel dengan bantuan kawannya, Caca. Naya pergi bersama adiknya, Aira dan setelah berada di sana dia hairan kenapa hotel itu ditutup. Alasan yang diberikan adalah hotel terpaksa ditutup untuk kerja fogging sebab ade penyakit bawaan nyamuk. ada seramai 5 orang sahaja yang berada di hotel ini sepanjang penutupannya.
Naya dan Adiknya dibenarkan berada di setiap sudut di hotel kecuali di kamar 308. Perkara in membuatkan Naya pelik dan tidak semena-mena perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Naya mengalami beberapa kejadian aneh seperti kebocoran bilik dan air berbau seperti air pantai. Dengan Perasaan ingin tahunya dia mencuri kunci kamar 308 dari penjaga kunci kamar itu.
Kemudian seorang demi seorang ditemui mati dengan tragis. Setelah menyiasat dengan bantuan perakam video milik salah seorang pekerja hotel, Naya mengetahui kisah sebenar. Dia sudah ditipu oleh kawannya. Rupanya 5 orang yang berada di hotel itu adalah rakan subahat yang mempergunakan Naya dan adiknya untuk memuja Sang Ratu Nyi Roro Kidul. Mereka berlima merancang untuk mendapatkan duit dari Sang Ratu dengan melakukan ritual dengan bantuan seorang bomoh.
Penjaga kunci kamar 308 di bunuh untuk mereka mendapatkan kunci kamar tersebut.
Dan lebih memeranjatkan rupanya Naya merupakan keturunan sang Ratu dan mereka memerlukan Naya semasa proses ritual dijalankan. Berlaku pertarungan di antara Naya dengan kepala yang merancang segalanya, Sena.
Pengakhiran cerita, Naya sebagai pewaris sang ratu menjadi juru kunci kamar 308 yang baru dan juga menjadi pemandu pelancong yang mengetahui sejarah kamar itu.
***sebagai orang Islam, mempercayai sesuatu yang tidak wujud di anggap khurafat. Biarlah mitos tinggal mitos. Jangan terlalu obses sehingga menyekutukan YANG MAHA ESA...
Wallahua'lam...

No comments:
Post a Comment