topeng
Manuscript
Sinopsis kulit buku:
Jangan biarkan dia wujud!
Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.
Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.
Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri yang sebenarnya di sebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam.
“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman
“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” -Yasril
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna
Ulasan Saya:
Pada permulaan cerita agak slow..banyak page yg saya skip sebab bosan sikit..tp pengakhiran agak best bila segala galanya berkenaan dengan Manuscript terungkai..
Bagi saya cerita berunsurkan halusinasi ni agak membosankan sebab saya dah boleh agak siapa pelaku yang sebenar cuma nak tahu cerita disebalik segala konflik dan kejadian.
Bermula dengan kisah hidup seorang penulis novel seram Iman yang mana isterinya, Diana curang dengan seseorang berstatus suami, Rody..karya Iman sudah tidak 'ummphh' menyebabkan hidupnya terumbang ambing tambah lagi dengan ejekan orang sekeliling.
Dia membawa diri untuk mencari ilham menulis novel di sebuah banglo milik pakcik Lucy. Di banglo itu Iman terjumpa dengan satu Manuscript yang belum ada penamat. dari situ lah bermula segalanya tambahan pula Iman sangat obses dengan minuman roselle yang diperoleh segar dari taman belakang rumahnya..
Beliau bercadang untuk memplagiat manuscript itu tanpa mengetahui bahawa pemilik manucript, Faten telah mati di bunuh di banglo itu dan mayatnya di tanam di taman roselle.
Segala pengakhiran cerita dirungkai hasil daripada penyakit halusinasi Iman.
Saya bagi 6/10 unutk novel ini.
Bye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment